SABAH PERKUKUH INSTITUSI MAHKAMAH ANAK NEGERI

CENDERAHATI: Hajiji menerima cenderahati berupa buku undang-undang anak negeri daripada Benedict (lima kiri) dan Martin (empat kiri) semasa kunjungan Jawatankuasa Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri (MAN) untuk membincangkan pendekatan dalam mengukuhkan institusi MAN.

Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan oleh Datuk Martin Idang yang juga mantan Hakim Mahkamah Tinggi.

Turut hadir mewakili jawatankuasa itu adalah Timbalan Pengerusi yang juga Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) Dr Benedict Topin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Majaran Osman.

Ahli-ahli jawatankuasa lain yang hadir termasuk Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Dr Rafidah @ Malissa Salleh; Timbalan Pengerusi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Stephen Sondoh; Pengerusi Tribunal Perumahan Juprin Wong; Pegawai Undang-Undang Kanan Jabatan Peguam Negeri Sabah Dulce Majawit; wakil Persatuan Peguam Negeri Sabah Datuk John Sikayun; Pegawai Penyelidik MHEANS Beverly Judin, dan Syaheeda Hamdan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut