WANITA CEROBOH, SERANG JIRAN DITAHAN POLIS

TAHAN: Polis tahan suspek wanita yang dipercayai menyerang jirannya.

TAWAU: Seorang wanita ditahan selepas bertindak menceroboh dan menyerang jirannya hingga cedera dalam kejadian di Batu 4, Jalan Apas, di sini semalam.

Mangsa seorang wanita adalah jiran kepada pasangan suami isteri (suspek) yang dikenalinya selama dua tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kejadian itu berlaku disebabkan suspek beranggapan bahawa mangsa telah menuduhnya berhubungan dengan lelaki lain.

“Hal ini menyebabkan suspek bertindak agresif dengan merosakkan pagar rumah dan memukul mangsa sehingga luka di kedua-dua lengannya.

“Susulan kejadian itu, pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau membuat serbuan di Batu 4, Jalan Apas, di sini.

“Seorang wanita ditahan di sebuah pondok di Batu 4, Jalan Apas, di sini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan dan polis sedang mengesan suami kepada suspek.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan perjudian. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun yang sama,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …