WANITA CEROBOH, SERANG JIRAN DITAHAN POLIS

TAHAN: Polis tahan suspek wanita yang dipercayai menyerang jirannya.

TAWAU: Seorang wanita ditahan selepas bertindak menceroboh dan menyerang jirannya hingga cedera dalam kejadian di Batu 4, Jalan Apas, di sini semalam.

Mangsa seorang wanita adalah jiran kepada pasangan suami isteri (suspek) yang dikenalinya selama dua tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kejadian itu berlaku disebabkan suspek beranggapan bahawa mangsa telah menuduhnya berhubungan dengan lelaki lain.

“Hal ini menyebabkan suspek bertindak agresif dengan merosakkan pagar rumah dan memukul mangsa sehingga luka di kedua-dua lengannya.

“Susulan kejadian itu, pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau membuat serbuan di Batu 4, Jalan Apas, di sini.

“Seorang wanita ditahan di sebuah pondok di Batu 4, Jalan Apas, di sini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan dan polis sedang mengesan suami kepada suspek.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan perjudian. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun yang sama,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PENUBUHAN PERBADANAN MAINS CAPAI MATLAMAT PERKASA EKONOMI UMAT ISLAM

Penubuhan Perbadanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merupakan keputusan tepat dan selari dengan aspirasi memperkasa ekonomi umat Islam di …
Maklumat Lanjut

PERLUAS MODUL AULAD SEJAHTERA KEPADA SEMUA KAUM – TUANKU MUHRIZ

Pelaksanaan Modul Aulad Sejahtera kepada 5,000 murid di 25 tadika Islam terpilih di Negeri Sembilan bermula tahun ini perlu diperluaskan …
Maklumat Lanjut

DBKK KELUARKAN DUA KOMPAUN LIBATKAN PREMIS HIBURAN

PERIKSA: Anggota dari Jabatan Pelesenan DBKK menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis hiburan dalam operasi itu. Gambar ihsan DBKK KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut