MAIM RINGANKAN BEBAN KELUARGA OKU TERLANTAR

Taboh Naning – “Terima kasih MAIM, bantuan yang diterima daripada MAIM banyak membantu meringankan perbelanjaan keluarga saya,” itu kata Maznihayati Samsudin.

Maznihayati, 44, antara penerima bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana adik bongsunya Suraya Hanum, 35, disahkan sebagai OKU terlantar.

Menurutnya, disebabkan adiknya itu tidak dapat menguruskan diri sendiri, segala keperluan dan urusan harian dia bergantung kepadanya.

Maznihayati berkata, pada awalnya adiknya itu dilahirkan normal namun semuanya berubah selepas Suraya Hanum mengalami demam panas ketika berusia lima bulan.

“Selepas emak mengalami strok sejak dua tahun lalu, kini tugas menjaga adik, adalah tanggungjawab saya sepenuhnya.

“Alhamdulillah, MAIM banyak menghulurkan bantuan begitu juga JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan dengan bantuan diterima ini ia dapat membantu meringankan perbelanjaan saya,” katanya.

Maznihayati ditemui Melaka Hari Ini pada Ziarah Kasih Dan Santunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning Tahun 2024, hari ini.

Lawatan ke rumah sewanya di Kampung Lanjut Manis Padang Lalang, itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad dan Pegawai Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Maznihayati berkata, sebelum ini dia cuba untuk bekerja bagi mendapatkan pendapatan tambahan namun terpaksa melupakannya disebabkan keadaan adiknya yang tidak boleh ditinggalkan sendirian di rumah dalam tempoh yang lama.

“Saya fikir kalau bekerja sekurang-kurangnya ada duit belanja tetapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana bimbang jika adik ditinggalkan seorang diri di rumah dalam jangka masa yang lama.

“Saya berasa sedikit lega apabila MAIM ada menawarkan bekerja sebagai sukarelawan MAIM dan ada elaun bulanan disediakan dengan tempoh waktu yang tidak terlalu lama,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …