DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Seramai (70) orang yang terdiri daripada (12) orang Pegawai Kanan Polis dan (58) orang Pegawai Rendah Polis terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah Bersepadu. Sebanyak (321) buah kenderaan telah diperiksa dan sebanyak (9) buah kenderaan telah disita dibawah Seksyen 64(1) APJ 1952 serta (67) keping saman telah dikeluarkan atas lain-lain kesalahan. Selain itu, (12) tangkapan telah dilakukan yang melibatkan (1) kes komersil dan (11) kes narkotik.
Salurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya ditalian, 04-8664122, 0192238169 ( whatsapp) atau facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484