PEMBANTU MUDIR, PENGERUSI MADRASAH DIDAKWA AMAL ZIKIR AURAD MUHAMMADIAH

Pembantu mudir dan pengerusi madrasah dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini hari ini, atas dakwaan mengamalkan zikir Aurad Muhammadiah yang bertentangan dengan hukum syarak. Muhammad Ghazalyi Othman, 54, dan Lutfi Mohamad Hamin, 58, didakwa di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Mengikut pertuduhan, Muhammad Ghazalyi, pembantu mudir didakwa melakukan kesalahan itu dari hujung 2022 hingga September 2024 di sebuah madrasah di Kampung Senama, Rembau. Pengerusi madrasah, Lutfi pula dituduh melakukan perbuatan berkenaan di madrasah di Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah, dari Disember 2021 hingga September 2024.

Pendakwa Syarie, Rohaizad Redzuan memohon bon jaminan sebelum ini sebanyak RM2,000 terhadap Ghazalyi dikekalkan. Pendakwa Syarie Mohd Azizuddin Abdullah Halim memohon jaminan RM5,000 terhadap Lutfi. Mahkamah bersetuju dengan permohonan Rohaizad, manakala Lutfi dibenarkan diikat jamin RM3,000 sebelum menetapkan perbicaraan pada 4 Februari 2025 bagi Muhammad Ghazali dan 22 Januari 2025 bagi Lutfi.

Sementara itu, Lutfi dengan seorang lagi mudir madrasah di Kampung Senama, Ahmad Azam Jaafar, 46, mengaku bersalah di mahkamah sama atas tuduhan menguruskan sekolah Islam di negeri ini tanpa perakuan Pendaftar Sekolah Islam.  Lutfi didakwa melakukan kesalahan itu dari Disember 2021 hingga September 2024, manakala Ahmad Azam dari Februari 2023 hingga September 2024 di madrasah sama.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 22 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Sembilan 1966 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 dan penjara tidak melebihi setahun. Mahkamah memerintahkan hukuman denda RM1,700 kepada setiap tertuduh atau penjara dua bulan jika tertuduh gagal membayar denda, manakala madrasah tidak dibenarkan beroperasi sehingga mendapat kebenaran.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut