KELANTAN AKAN GUBAL SEMULA 16 KESALAHAN SYARIAH DALAM ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH YANG TERBATAL

Kerajaan Negeri Kelantan bertekad untuk menggubal dan melaksanakan semula 16 kesalahan syariah yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Kerajaan Negeri tidak akan berundur dalam usaha menegakkan syariat Islam dan telah memulakan perbincangan mengenai penggubalan semula enakmen tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Asri Mat Daud, mengumumkan bahawa Jawatankuasa Induk Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah telah bermesyuarat pada 30 Oktober lalu.

Sebuah Jawatankuasa Teknikal juga telah dibentuk untuk menggubal semula 16 kesalahan yang dibatalkan, dengan draf dijangka siap tahun ini dan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada tahun hadapan.

Usaha ini mendapat sokongan daripada rakyat dan majlis agama negeri sebagai langkah untuk meningkatkan syiar Islam di Kelantan.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut