STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV DIJANGKA BEROPERASI JANUARI 2025

Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dijangka kembali beroperasi untuk aktiviti sukan pada awal Januari 2025 setelah selesai menjalani kerja-kerja menaik taraf.

Projek menaik taraf termasuk pemasangan longkang, paip, dan pendawaian sedang dijalankan dan dijangka selesai pada hujung bulan November ini.

Selain itu, pemulihan rumput di stadium dijangka siap pada hujung Disember 2024.

Kerja-kerja naik taraf stadium ini bermula sejak Ogos 2024 dengan kos lebih RM500,000 dan dijadualkan siap mengikut perancangan.

Stadium yang dibina pada tahun 1965 dengan kapasiti 30,000 tempat duduk ini akan kembali menjadi gelanggang bagi pasukan Kelantan Darul Naim FC dalam saingan Liga Super dan aktiviti sukan lain.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …