DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Hari Terbuka Psikologi Dan Akrab Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 telah diadakan pada 12 November 2024 (Selasa) bertempat di Ruang Legar Auditorium MBSP. Tema sambutan Hari Terbuka Psikologi dan AKRAB tahun ini adalah โMerekayasa Budaya Kerjaโ. Merekayasa budaya kerja bermakna mencipta persekitaran yang positif, inklusif dan saling menyokong. Budaya kerja yang baik akan memupuk kerjasama, komunikasi yang efektif dan rasa saling percaya antara rakan sekerja.
Pada majlis yang sama, pelbagai Reruai Perkhidmatan Psikologi ditawarkan, antaranya ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (Mentari), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Institut Latihan Perindustrian Perai (ILP), Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Politeknik Seberang Perai dan CUEPACS Care. Pemeriksaan kesihatan percuma dan saringan kesihatan mental turut dijalankan sepanjang program berlangsung.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Peraiย https://www.facebook.com/mbsp.pg