LAWATAN KERJA YM RAJA DATO’ KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE EMPANGAN KENYIR

Satu lawatan kerja YM Raja Dato’ Ketua Pengarah Keselamatan Negara , MKN, JPM ( KP MKN ) telah diadakan pada 10 November 2024 (Ahad) di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu.
Lawatan kerja YM Raja Dato’ KPKN disertai oleh Pengurus Besar TNB Terengganu, Pengarah JKR Terengganu, Pengarah JMG Terengganu, ICU Terengganu dan JPS Terengganu.
Objektif lawatan ini adalah untuk meninjau status pelaksanaan projek baik pulih bagi Pelan Mitigasi Kawasan Tadahan Air Empangan Kenyir, Terengganu. Sesi lawatan ini melibatkan pemantauan aspek-aspek berikut:
  • Projek baik pulih cerun dan penggantian jambatan bailey yang dilaksanakan oleh JKR.
  • Meninjau cerun-cerun sekitar Tasik Kenyir yang dalam peringkat pelaksanaan oleh JMG dan TNB.
  • Memperhalusi skop projek JMG bagi baik pulih luar stesen di bawah Fasa 2.

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut