Pada 9 November 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9, Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan barangan runcit di SJR Chabang Empat Salam, Kelantan, dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan.
Tangkapan dibuat terhadap sebuah lori Hino yang dipandu oleh seorang lelaki dan pemeriksaan menemui pelbagai kotak barangan runcit yang dipercayai diseludup dari Thailand.
Dua suspek lelaki berumur 44 dan 52 tahun ditahan, dan anggaran nilai rampasan ialah RM178,000.00.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam.
PGA bertekad untuk terus memperkukuh usaha mengekang penyeludupan barangan di sempadan negara.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi