Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memaklumkan bahawa cadangan pembinaan tembok di Sungai Golok yang melibatkan kawasan sempadan Malaysia-Thailand, akan dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keputusan lanjut.
Menurut Adly, perkara ini perlu diselaraskan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut menjaga keselamatan sempadan.
Beliau turut mengingatkan bahawa langkah selanjutnya akan diputuskan segera berdasarkan maklumat rampasan yang telah diperolehi.
Adly juga menjelaskan bahawa penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sempadan Kelantan bermula dari Rantau Panjang hingga Jeli, meliputi 75% kawasan sempadan dengan 11 pos kawalan keselamatan di bawah tanggungjawab ATM.
Kerjasama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam penukaran maklumat keselamatan turut diperkukuhkan bagi memastikan pengawalan sempadan yang lebih efektif.
Sumber: Sinar Harian
Artikel/Berita Terkini
PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000
Maklumat Lanjut
PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM
Maklumat Lanjut