Pada 9 November 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tumbuhan di Kg Parit Air, Rantau Panjang, Kelantan, dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan.
Sebuah lori Isuzu yang dipandu oleh seorang lelaki ditahan pada jam 1.30 petang dan pemeriksaan menemui lebih 700 anak pokok bidara, 200 pokok jambu muda, 298 pokok longan dan 98 pokok Buchida Batik yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.
Suspek, seorang lelaki berumur 30 tahun, dipercayai penghantar tumbuhan tersebut ke pasaran tempatan.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM134,500.00.
Kes disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5.
PGA akan terus mempergiatkan usaha untuk membendung penyeludupan di sempadan negara.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi