PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MALAYSIA PIALA PENGARAH KESELAMATAN NEGERI

Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus telah menganjurkan Pertandingan Pidato Bahasa Malaysia Piala Pengarah Keselamatan Negeri Bertemakan “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Negeri Terengganu pada  23 Oktober 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Teater Datin Dr. Rohani TELTTraC, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme dalam kalangan generasi muda terutama golongan mahasiswa IPTA dan IPTS disekitar Negeri Terengganu dengan cara terjemahan peranan tanggungjawab yang boleh dimainkan golongan belia dalam tanggungjawab pengurusan keselamatan negara.

Seramai 7 peserta berentap dan enam daripadanya adalah peserta wanita. Tengku Nur Solehah binti Tengku Azaha dari Institu Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus dengan tajuk pidatonya ‘Kepimpinan Dalam Keselamatan: Amanah Seorang Pemimpin’ dinobatkan sebagai Johan. Sementara itu, Nor Hasniza Elliana binti Radzuan dari Politeknik Hulu Terengganu yang dinobatkan sebagai Naib Johan menyampaikan pidato dengan tajuk ‘Keselamatan Negara, Tanggungjawab Sejati Kita Semua’ manakala Masainamazriyana binti Miskon dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu yang menyampaikan pidato bertajuk ‘Menangkis Anasir Durjana, Menjunjung Masa Hadapan Gemilang’ dinobatkan sebagai pemenang Tempat Ketiga. Lain-lain peserta turut menerima penghargaan saguhati dari penganjur.

Pertandingan pidato ini dihakimi oleh tiga (3) orang juri yang berpengalaman luas dalam seni pidato dan konteks tema keselamatan yang ditekankan dalam isi pidato itu sendiri. Diketuai oleh Encik Nawi bin Ismail, seorang Pesara Guru Cemerlang BM Gred Khas C yang merupakan Munsyi Dewan Fasa Pertama Tahun 1996 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2019. Dua lagi juri adalah YM Tengku Nor Faizul bin Tengku Embong, Pensyarah Kanan Akademik Jabatan Pengajian Melayu merangkap Ketua Jabatan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM KDRI dan Encik Amirul Fahmi bin Yusof, Penolong Pengarah MKN Terengganu yang juga merupakan bekas Ketua Unit Peperiksaan dan Pensyarah di Malaysian Aviation Training Academy.

Artikel/Berita Terkini

PERKHIDMATAN KAUNTER JPJ MOBLIE

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 …

TUMPAS SINDIKET PENGEDARAN DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Ketua Polis …

SOKONGAN PENJAWAT AWAM HASIL KEJAYAAN HALA TUJU SMJ 1.0

KONVENSYEN: Hajiji (duduk tengah) bersama sebahagian daripada 7,000 penjawat awam negeri dan Persekutuan pada Konvensyen Penjawat Awam Sabah kali pertama …