HARI INTEGRITI NASIONAL DAN KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL

Pada hari ini 7 November dalam tahun 2008, Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti Nasional dan Konvensyen Integriti Nasional 2008 disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri di Kuching, Sarawak. Beliau turut mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 bagi menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Manakala, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan untuk mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia menegakkan integriti serta memupuk nilai murni dalam kehidupan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …