KELANTAN GAZET 400 HEKTAR TANAH DI LOJING UNTUK RAFFLESIA

Kerajaan Kelantan telah menggazetkan 400 hektar tanah di Lojing, Gua Musang sejak 13 tahun lalu untuk pemuliharaan Rafflesia, atau bunga Pakma, sebagai pemangkin kepada industri ekopelancongan negeri.

Tiga spesies Rafflesia iaitu kerri, cantleyi dan sumeiae ditemui di kawasan tersebut, termasuk Rafflesia kedua terbesar di dunia.

Pada tahun 2022, Taman Pemuliharaan Rafflesia dilancarkan untuk tujuan penyelidikan alam sekitar dan pelancongan.

Kerajaan negeri menegaskan pentingnya melindungi spesies Rafflesia yang terancam serta menjaga keseimbangan ekosistem di sekitarnya.

Selain itu,  kerjasama antara penyelidik, kerajaan tempatan, komuniti dan pelancong turut disarankanuntuk memastikan kelestarian bunga ini sambil menekankan pentingnya memelihara alam sekitar selain mempromosikan pelancongan untuk pembangunan ekonomi.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut