84 PATI WARGA THAILAND DIHANTAR PULANG

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan telah menghantar pulang 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Pemindahan ini melibatkan pelbagai individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki, 4 kanak-kanak perempuan, 15 perempuan dewasa dan 64 lelaki dewasa dengan usia PATI antara 19 hingga 58 tahun.

Semua tahanan ini telah melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan pemindahan mereka dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut