‘COUNTER SETTING’: PENGUAT KUASA IMIGRESEN DITAHAN SPRM DITEMPATKAN DI UNIT LAIN

Sebanyak 50 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada September lepas kerana disyaki terlibat dalam sindiket ‘counter setting’ atau mengatur kaunter, kini ditempatkan di beberapa unit lain.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, kesemuanya dipindahkan daripada penugasan asal dan tidak lagi berkhidmat di kaunter kawalan pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mereka masih dalam siasatan SPRM,dan tidak dibenarkan bertugas di kaunter kawalan pintu masuk.

JIM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai imigresen yang terlibat dengan isu integriti, satu tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati bersalah sebaik SPRM selesai menjalankan siasatan terhadap mereka. Pihaknya memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana anggota atau pegawai JIM di seluruh negara, di samping sedia meningkatkan kerjasama dengan agensi itu bagi menangani isu integriti.

SPRM sebelum ini membongkar kegiatan sindiket membawa masuk warga asing termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, dan Nepal melalui pintu masuk negara tanpa pemeriksaan pihak berkuasa.Sindiket itu terbongkar selepas 12 individu ditahan SPRM di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan dan setakat ini, 50 penguat kuasa JIM ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’ di KLIA.

Dalam pada itu, JIM dalam peringkat perolehan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di semua kaunter termasuk pintu masuk negara. Projek pembangunan ini bukannya lulus secara one-off (sekali) sahaja, ia akan berjalan secara berterusan, malah akan diperluas di seluruh pintu masuk negara. Mungkin ada teknologi lain yang boleh membantu kita terutama dalam aspek pendigitalan perkhidmatan imigresen termasuk penggunaan teknologi bagi mengatasi isu integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Sumber:Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut