PM LANCAR D3PKN2030

LANCAR: Anwar (tengah) bersama Ewon (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain ketika dalam pelancaran itu.

BUTTERWORTH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara 2030  (D3PKN2030), sempena Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2024 (HPPK2024) Peringkat Kebangsaan, di sini, pada Sabtu.

D3PKN2030 itu dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menjadi panduan utama dalam pembangunan komuniti penjaja dan peniaga kecil di negara ini.

Dasar ini bertujuan meningkatkan kapasiti dan keupayaan penjaja dan peniaga kecil supaya lebih berdaya maju di samping menggalakkan peningkatan skala dan jaringan pasaran ke arah perniagaan yang mampan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yakin D3PKN2030 akan memperkasakan lagi koordinasi dan penyelarasan pembangunan keusahawanan di antara pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

“Saya amat pasti dengan adanya dasar ini kita boleh memperkasakan lagi koordinasi penyelarasan antara pelbagai kementerian, pelbagai agensi dan  hubungan baik kita dengan gabungan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara supaya masa depan komuniti PMKS menjadi lebih baik.

“Dasar ini juga adalah untuk mendokong Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Tahun 2023- 2027 (P3PK 2023-2027) yang telah diluncurkan pada Mac 2023,” katanya.

Ketika ditemui pemberita, Ewon berkata, KUSKOP telah mencadangkan supaya satu pangkalan data penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara diwujudkan bagi menggabungkan semua data daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi lain dalam satu pangkalan data utama.

“Cadangan ini perlu mendapat pertimbangan daripada Kementerian Digital khususnya MAMPU. Mudah-mudahan selepas dipersetujui, kita boleh melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata, pangkalan data ini perlu diwujudkan bagi membantu menjayakan Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil yang telahpun diluncurkan.

Mengenai HPPK, Ewon berkata, ia adalah bukti dan tanda pengiktirafan kerajaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

Karnival HPPK 2024 adalah anjuran KUSKOP, diadakan selama tiga hari di Pusat Konvensyen PICCA,  Butterworth Arena, Pulau Pinang.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 20 usahawan yang berjaya melonjakkan perniagaan mereka bermula sebagai penjaja dan peniaga kecil sehingga mencapai nilai jualan melebihi RM300,000 setahun.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’Sri Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua-ketua Agensi KUSKOP.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …