DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
YDH ACP Sazalee bin Adam, Ketua Polis Daerah Barat Daya membuat lawatan ke atas Agensi Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Sesi taklimat berlangsung di Auditorium Malaysia Airports Holdings Berhad, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang disampaikan oleh DSP/PB Muhammad Iqbal bin Ab Razak, Pengurus Keselamatan Penerbangan Malaysia Airports Penang. Selain itu, YDH Sazalee bin Adam juga membuat sesi lawatan sekitar lapangan yang merangkumi ruangan keselamatan Imigresen serta Kastam fan diakhiri dengan sesi tandatangan buku pelawat.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484