Antara bantuan kewangan yang akan disalurkan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat adalah seperti berikut:
- Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan.
- Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin:
- RM250 seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah.
- RM200 seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun.
- Tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga.
- Untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 dengan kadar maksimum sekeluarga RM500 sebulan.
- Peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM2.9 bilion.
- Peningkatan tertinggi bagi STR dan SARA: RM13 bilion, memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60% penduduk dewasa negara.
- 1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan.
- Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025.
- Boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
- Kategori bujang terima STR RM600.
- Tambahan peruntukan RM3 bilion, kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600.
- Peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberi kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.
- RM250 juta disediakan bagi mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa.
- RM1 bilion disediakan untuk tangani kos sara hidup dengan lebih meluas.
- Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta.
- RM700 juta dikhususkan untuk memperbanyakkan saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang.
- Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000.
- Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000.
- Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara diberi secara bertempoh sehingga 31 Disember 2026, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia