PGA KELANTAN RAMPAS 18,700 PAKET MINYAK MASAK

Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak masak di pengkalan haram Ayam Kg Terusan, Rantau Panjang, Kelantan.

Rampasan dilakukan bersama KPDN pada sekitar jam 4 petang, berdasarkan maklumat penyeludupan dalam Operasi Taring Wawasan pada 27 Oktober 2024.

Ketika tiba, pasukan menemui sebuah lori jenis Nissan yang terbabas dan ditinggalkan yang mengandungi ratusan kotak berisi 18,700 paket minyak masak tanpa dokumen sah.

Minyak tersebut dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. Anggaran nilai rampasan kenderaan adalah RM160,000 sementara nilai minyak masak adalah RM46,750.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut