BINA RAKIT, BARANG BERHARGA DISIMPAN RUMAH SAUDARA SEBAGAI PERSEDIAAN BANJIR

Lebih 300 penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang telah membuat persiapan untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.

Beberapa penduduk membina para dalam rumah dan menyimpan barang berharga di rumah saudara mara yang tinggal di kawasan lebih selamat.

Penduduk setempat juga  menyatakan kebimbangan tentang potensi banjir akibat pembinaan benteng tinggi di sepanjang Sungai Golok di Thailand yang boleh menyebabkan paras air meningkat.

Trauma akibat banjir Januari lalu masih dirasai dan kebanyakan rumah kini kosong kerana kehilangan perabot.

Selain itu, [enduduk lain menyimpan barang berharga di rumah adik-beradiknya untuk mengelak ditenggelami air.

Media melaporkan bahawa Kelantan telah menambah aset persediaan untuk musim tengkujuh, termasuk kenderaan dan peralatan lain dengan harapan dapat mengurangkan kesan banjir.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut