TAKLIMAT LATIHAN KECEMASAN “TIER 3 DRILL” KEPADA PIHAK MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) NEGERI KEDAH ANJURAN PETRONAS CHEMICALS FERTILISER KEDAH SDN. BHD (PCFKSB), GURUN, KEDAH

 

Ketua Penolong Pengarah, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah, Bakhtiar Effendy Khalid telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd. (PCFKSB), Encik Khairil bin Mohammed di Bilik Mesyuarat MKN Kedah.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, pihak PCFKSB telah menyampaikan taklimat berkaitan cadangan untuk mengadakan Latihan Kecemasan “Tier 3 Drill” di PCFKSB. Latihan Kecemasan ini akan melibatkan tabletop exercise dan full-scale exercise. Pihak PCFKSB juga turut membentangkan senario latihan kecemasan untuk mendapat pandangan daripada pihak MKN Kedah tentang kesesuaian senario dan tindakan selanjutnya yang perlu diambil bagi mengadakan latihan kecemasan tersebut.

Sesi libat urus ini turut membincangkan mengenai kerjasama yang boleh dicapai antara agensi dalam menjayakan latihan kecemasan tersebut. Hadir sama dalam pertemuan ini adalah DSP Abdul Samad Othman, Penolong Pengarah (Polis) dan Mejar Saiful Mahathir Bongsu, Penolong Pengarah (Tentera) MKN Kedah.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut