OPERASI BERSEPADU IMIGRESEN TERENGGANU BERSAMA MKN TERENGGANU

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu telah berjaya menahan seramai 35 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu pada 24 -25 Oktober 2024 di Flat Sri Kolam, Kuala Terengganu. Operasi yang dijalankan bermula jam 9 malam sehingga 6 pagi itu turut melibatkan beberapa rumah kongsi pekerja tapak pembinaan di Marang dan Kuala Nerus.

Dalam operasi ini seramai 218 orang warga asing telah diperiksa dan hasilnya seramai 35 orang PATI yang berumur di antara 15 hingga 53 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan. Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki warganegara Bangladesh, 7 lelaki, 2 kanak-kanak lelaki dan seorang wanita warganegara Myanmar, 7 lelaki warganegara Pakistan, 7 lelaki warganegara Indonesia serta seorang lelaki warganegara India.

Semasa serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa PATI yang ingin melepaskan diri daripada tahanan Pegawai Imigresen. Seorang lelaki warga Myanmar telah memanjat keluar dari tingkap unit kediamannya namun tindakan pantas anggota operasi telah berjaya menahannya. Seorang lelaki Bangladesh pula cuba melolos keluar melalui tingkap tandas yang sempit namun usahanya itu gagal apabila dia tersangkut di tingkap tersebut.

Sebilangan warga asing yang menyedari kehadiran penguatkuasa yang menjalankan pemeriksaan di unit kediaman berhampiran mereka juga cuba melarikan diri melalui tangga. Walau bagaimanapun kesemua mereka berjaya ditahan kerana semua laluan keluar dari bangunan-bangunan tersebut termasuk tangga dan lif telah pun dikawal oleh anggota penguatkuasa.

Semua warga asing ini ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah serta Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu tinggal lebih masa. Kesemua tahanan dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, 2 warga tempatan turut diberi notis hadir ke pejabat imigresen untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut