𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐈

 

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah telah menyertai Karnival Kerjaya dan Hari Terbuka di Kolej Matrikulasi Kedah sebagai pempamer. Di gerai pameran MKN Kedah, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dengan fokus utama pada permainan papan dan kuiz keselamatan. Permainan papan ini adalah pendekatan terkini MKN Kedah dalam usaha menyemai dan memupuk kesedaran keselamatan dalam kalangan masyarakat khususnya belia. Antara permainan papan yang diketengahkan ialah CSFile, Panic on Wall Street, Ponzi Scheme, The British Way, dan Takenoko.

Permainan CSFile adalah sebuah permainan papan yang berkonsepkan penyiasatan di mana peserta perlu bekerjasama untuk mengumpul bukti dan menyelesaikan kes. Melalui permainan ini, peserta dapat mempelajari pentingnya bekerjasama, berfikir secara kritis, dan menganalisis maklumat bagi menyelesaikan masalah. Konsep ini selari dengan peranan MKN dalam memastikan keselamatan negara melalui pengumpulan maklumat dan analisis ancaman.

Panic on Wall Street pula merupakan permainan papan simulasi ekonomi dan pelaburan yang mengajar peserta tentang risiko membuat keputusan tergesa-gesa dan kepentingan mengurus kewangan dengan berhati-hati. Ini penting dalam konteks keselamatan di mana keputusan perlu diambil secara bijak dan berhati-hati bagi mengelakkan ketidakstabilan.

Permainan Ponzi Scheme pula memberi pandangan mengenai skim kewangan yang tidak telus seterusnya memberi amaran tentang bahaya manipulasi kewangan yang boleh menjejaskan ekonomi. Melalui pemahaman ini, peserta lebih peka terhadap ancaman yang boleh menggugat kestabilan ekonomi dan keselamatan masyarakat.

The British Way mengandungi unsur strategi dan penjajahan, mencerminkan bagaimana kuasa besar dahulunya menguasai wilayah-wilayah strategik. Ini mengingatkan peserta tentang keperluan merancang dengan teliti untuk mempertahankan kedaulatan negara, satu tugas yang dipikul oleh MKN.

Permainan Takenoko pula menekankan kepentingan menjaga dan mengurus sumber alam sekitar. Peserta perlu memastikan habitat panda dan ladang buluh terjaga, mendidik mereka mengenai keseimbangan ekosistem dan tanggungjawab terhadap alam sekitar bersesuaian dengan usaha MKN dalam menghadapi isu perubahan iklim dan bencana alam.

Setiap permainan ini dipilih dengan matlamat untuk mengasah minda keselamatan dalam kalangan peserta merangkumi aspek kerjasama, pemikiran strategik, pengurusan risiko, dan kesedaran ancaman ekonomi dan alam sekitar. Usaha ini membawa dimensi baharu dalam memupuk kesedaran keselamatan yang lebih menarik, terutama di kalangan generasi muda.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 153,000 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – KM

Ayer Keroh – Melaka menerima peruntukan sebanyak RM23,043,600 bagi Bantuan Awal Persekolahan sesi 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama …
Maklumat Lanjut

TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT

Paya Rumputi – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk menampal iklan atau …
Maklumat Lanjut

MELAKA BURU PIHAK GANTUNG KAIN RENTANG AJARAN SESAT

Pengkalan Batu – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang …
Maklumat Lanjut