UMK HASILKAN TERBITAN WARISAN NEGERI

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengambil inisiatif untuk memupuk budaya membaca dengan meningkatkan mutu penerbitan ilmiah yang memfokuskan kepada elemen warisan Kelantan.

Melalui Bahagian Penerbitan di bawah Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK telah menerbitkan hampir 10 buku dalam bentuk fizikal dan digital termasuk karya mengenai permainan, makanan dan kebudayaan tradisional.

Timbalan Ketua Pustakawan UMK, Amirul Firdaus Zilah memaklumkan bahawa pendekatan ini berbeza daripada usaha sebelum ini yang lebih tertumpu kepada penerbitan untuk pelajar.

Penerbitan ini bertujuan untuk memelihara warisan Kelantan dan menjadikannya lebih mudah difahami oleh masyarakat.

Salah satu buku terbaru yang diterbitkan adalah tentang Rumah Tiang 12 yang dilancarkan semasa Karnival Semarak Ilmu di Pasar Raya Besar Mydin.

Amirul juga menekankan bahawa usaha ini bukan sahaja memperkukuh identiti budaya Kelantan, tetapi juga berpotensi meningkatkan taraf sosial ekonomi dan pelancongan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …