𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 (𝗝𝗣𝗚𝗡) 𝗕𝗜𝗟. 𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝟮𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama Markas 7 Briged dan Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Johor Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan bersama oleh YB. Brig. Jen. Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad (Panglima Markas 7 Briged) dan YDH SAC Nor Azizi bin Maarof (Ketua Cawangan Khas PDRM Johor) selaku wakil rasmi Ketua Polis Johor di Wisma Perwira 5 RAMD, Kem Batu 3, Kluang, Johor.
Ketibaan delegasi JPGN Johor telah disambut oleh YB. Brig. Jen. Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad (Panglima Markas 7 Briged), Leftenan Kolonel Mohd Shahrul Nizam bin Hamidon (Pegawai Memerintah 5 RAMD) dan Leftenan Kolonel Salmi bin Hj Istikh Ahmad (Ketua Staf Markas 7 Briged).
Turut hadir bagi mesyuarat tersebut adalah YBrs. Tuan Mohd Hairul Anuar bin Bohro (Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor) selaku Setiausaha JPGN Johor, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus (Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor), YBrs. Tuan Aminul Izmeer bin Mohd Sohaimi (Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor), YBhg. Brig. Jen. Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM (Ketua Staf wakil Timbalan Panglima Markas Wilayah Udara 1 Tentera Udara Diraja Malaysia), YDH SAC Hakemal bin Hawari (Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am), YDH ACP Muhd Zailani bin Abdullah (Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua) dan YDH ACP Bahrin bin Mohd Noh (Ketua Polis Daerah Kluang).
Antara pegawai-pegawai kanan yang turut hadir adalah YBrs. Dr Mohd Zahirin bin Adnan (Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS/MCBA), Kept Maritim Kama Azri bin Kamil (Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Johor), Kept Nasrol Hakim bin Jamaludin TLDM (Asisten Ketua Staf wakil Timbalan Panglima Markas Wilayah Laut 1 TLDM), YBrs. Tuan Junaid Izuddin bin Abdul Aziz (KPP MKNJ 1, YBrs. Puan Noraini binti Abdullah (KPP MKNJ 2), YBrs. Puan Nurhuda binti Ibrahim (Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor), YBrs. Tuan Mohd Yusni bin Md Yunos (Timb. Pengarah JKDM Johor), Mejar Azahar bin Mohamed (MAWILUD 1 TUDM), DSP Mohd All Amin bin Mohamed Zawawi (Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA), DSP Nor Resah binti Ab Rashid (Penolong Pengarah Polis, Bahagian Pengurusan Sempadan Darat, MKN), YBrs. Tuan Mohd Hafiz bin Che Omar (Wakil Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan), DSP Zamri bin Razab (Briged Tengah PGA), DSP Roslee bin Haris, DSP Mohd Nizam bin Yusoff, DSP Ramley bin Ahmad Tabon, DSP Nik Mohd Azmi Husain, Mejar Mohd Yusnizan bin Che Wil, Mejar Mazli bin Mahad, Leftenan Komander Maritim Zamri bin Rosdi, Tuan Nor Faizal bin Rahim, YBrs. Puan Nur Hafifah binti Dato’ Mohd Halim, Kapt Amirul Asraf bin Elias, ASP Jimmy Anak Limin serta pegawai-pegawai kanan terlibat.
Platform ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik serta membincangkan mengenai gerakan keselamatan Negara di Negeri Johor dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan Negeri Johor terus terpelihara selaras dengan Nilai Teras 1 dan 3 Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 (Keselamatan dan Keutuhan Wilayah) dan (Keselamatan Rakyat).
MKN Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih ke atas Markas 7 Briged dan 5 RAMD selaku tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat ini.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut