1,443 NASIHAT AKTA 852 DIKELUARKAN KEPADA PEMILIK PREMIS DI KELANTAN

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah mengeluarkan 1,443 nasihat kepada pemilik dan pengendali premis berkaitan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) melalui operasi di 10 daerah dari 1 hingga 14 Oktober.

Pengarah JKNK menyatakan dalam tempoh tersebut, sebanyak 1,201 premis telah diperiksa termasuk kedai yang menjual rokok elektronik dan premis makanan.

Penguatkuasaan pendidikan akan dijalankan selama enam hingga 12 bulan sebelum langkah ketat dikuatkuasakan termasuk pendaftaran produk, pembungkusan dan kawalan jualan yang akan bermula pada 1 April tahun depan.

Operasi ini melibatkan 160 anggota dari pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kastam dan PDRM untuk meningkatkan kesedaran dan kepatuhan terhadap akta tersebut.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut