Pelaksanaan operasi pemindahan tahanan ke negara asal melibatkan 15 orang PATI yang terdiri daripada 9 lelaki warga Bangladesh, 2 orang lelaki warga Pakistan dan 4 orang lelaki warga Indonesia . Pemindahahan mereka dilaksanakan dari Depot Imigresen Ajil, Terengganu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA) dan Terminal 2 (KLIA2) untuk pulang ke negara asal dengan kos penerbangan ditanggung sendiri oleh tahanan.
Kesemua tahanan tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta diperuntukkan proses pemindahan setelah lengkap dokumen perjalanan dari kedutaan masing masing dan kemampuan menyediakan tiket pulang ke negara asal. Kesemua tahanan ini juga telah disenaraihitam dalam sistem JIM mengikut kesalahan yang telah dilakukan.
Operasi ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilaksanakan oleh JIM Negeri Terengganu bagi kesemua tahanan yang ditempatkan di Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu.




Sumber: JIM Terengganu