Pada 18 Oktober 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pakaian bundle di Sekat Pintas Pos Nibong, Tumpat, Kelantan.
Tangkapan dilakukan pada jam 11.30 pagi ke atas sebuah lori Isuzu yang dipandu seorang lelaki mencurigakan.
Hasil pemeriksaan mendapati lebih 7,000 kg pakaian bundle tanpa dokumen sah yang dipercayai diseludup dari Thailand.
Suspek seorang lelaki berumur 33 tahun, ditahan dan nilai rampasan dianggarkan RM 350,000.00. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Komtak PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi