Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini yang bakal memanfaatkan sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.
Ia merupakan peningkatan tertinggi disalur kerajaan bagi STR dan SARA untuk membantu rakyat.
Sumber: Jabatan Penerangan