Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan pada 16 Oktober 2024 telah memperoleh RM151,100.00 hasil daripada lelongan 38 buah kenderaan pelbagai jenis membabitkan 58 pembida.
Pengarah berkenaan Mohd Misuari Abdullah berkata antara kenderaan yang dilelong ialah kereta jenis Honda Jazz, Proton Saga, Toyota Vios, Mini Cooper dan motosikal Yamaha RXZ.
Beliau berkata kenderaan yang dilelong itu membabitkan pelbagai kesalahan seperti lesen kenderaan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, memiliki kenderaan bermotor tidak berdaftar dan mempamer nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan itu.
“Hasil tertinggi kenderaan yang dilelong adalah kereta jenis Toyota model BB dengan harga RM35,000,” katanya kepada pemberita selepas lelongan itu di sini hari ini.
Sumber: Bernama