BELANJAWAN 2025: HARAP TAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR JALAN RAYA DI KELANTAN

Rakyat Kelantan berharap agar Belanjawan 2025 memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur dan jalan raya.

Antara rakyat yang ditemubual memaklumkan mereka menginginkan pembangunan jalan yang lebih baik bagi meningkatkan kemajuan negeri.

Selain itu, turut ditekankan adalah mengenai keperluan menangani masalah banjir yang kerap melanda khususnya di Rantau Panjang yang menyebabkan kerugian besar setiap tahun.

Rakyat juga memohon kerajaan memberi perhatian terhadap pembaikan jalan rosak akibat banjir dan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk yang terjejas.

Antara lain pula menggesa kerajaan untuk memperluaskan manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan syarat yang lebih longgar dan jumlah bantuan yang lebih tinggi, bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PENGURUSAN SISA MAMPAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Majlis Bandaraya …

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU MENJAGA MAKLUMAT DATA PERIBADI DEMI KESELAMATAN DIRI

Penipuan dalam talian semakin menjadi ancaman serius sejajar dengan peningkatan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian, dan kebanyakan kes berpunca …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …