Rakyat Kelantan berharap agar Belanjawan 2025 memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur dan jalan raya.
Antara rakyat yang ditemubual memaklumkan mereka menginginkan pembangunan jalan yang lebih baik bagi meningkatkan kemajuan negeri.
Selain itu, turut ditekankan adalah mengenai keperluan menangani masalah banjir yang kerap melanda khususnya di Rantau Panjang yang menyebabkan kerugian besar setiap tahun.
Rakyat juga memohon kerajaan memberi perhatian terhadap pembaikan jalan rosak akibat banjir dan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk yang terjejas.
Antara lain pula menggesa kerajaan untuk memperluaskan manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan syarat yang lebih longgar dan jumlah bantuan yang lebih tinggi, bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sumber: Sinar Harian