Penipuan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa semakin meningkat, dengan scammer menggunakan taktik menakut-nakutkan mangsa untuk mendedahkan maklumat perbankan peribadi atau memindahkan wang. Mereka sering mengancam dengan tuduhan jenayah palsu, memaksa mangsa untuk bertindak segera. Salah satu langkah utama bagi mengelakkan penipuan ini adalah dengan menamatkan panggilan segera apabila meragui kesahihan panggilan tersebut.
Jika anda menerima panggilan mencurigakan, jangan panik. Hubungi pihak yang berkenaan untuk mengesahkan maklumat, seperti Bank Negara Malaysia (BNM) melalui talian BNM LINK di 1-300-88-5465 atau layari laman sesawang rasmi BNM untuk bantuan lanjut.
Ingat, sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya. Lindungi maklumat peribadi dan kewangan anda daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Bank Negara Malaysia