TENTERA DARAT MALAYSIA BERJAYA TUMPASKAN PENYELUDUPAN LEMBU BERNILAI RM130 RIBU

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) mengumumkan kejayaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menumpaskan penyeludupan haiwan ternakan di sempadan Malaysia – Thailand pada 13 Oktober 2024.

Dalam kejadian yang berlaku di Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia, pasukan TDM telah mengesan dua lelaki dewasa yang cuba menyeludup haiwan ternakan melalui laluan haram di Sungai Golok.

Anggota TDM yang sedang beroperasi telah mengawasi pergerakan penyeludup, tetapi kedua-dua mereka melarikan diri ke Thailand dan meninggalkan 26 ekor lembu dengan nilai rampasan anggaran RM130,000.00.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Nibong, Tanah Merah dan haiwan rampasan diserahkan kepada MAQIS Rantau Panjang. Kes ini akan disiasat oleh Kastam Diraja Malaysia.

 

Sumber: Markas Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …