Pada 14 Oktober 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan buah kelapa di Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan.
Dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 9.50 pagi, pasukan PGA menahan sebuah treler mencurigakan dan menemui lebih 41,000 kg buah kelapa tanpa dokumen sah.
Suspek seorang lelaki Melayu berumur 37 tahun, dipercayai bertindak sebagai penghantar untuk menyeludup buah kelapa ke negara jiran.
Nilai rampasan dianggarkan RM205,000.00 dan kes ini disiasat di bawah Peraturan 4(2)(b) Akta Fama 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973.
Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi