RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG SELUPOH TUARAN

TERBAKAR: Keadaan rumah mangsa yang musnah akibat kebakaran.

TUARAN: Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Selupoh di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohammad Nor Amit berkata, kejadian jam 8 malam Rabu itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kemalangan jiwa.

Katanya, sepasukan pegawai serta anggota digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.03 malam.

“Semasa ketibaan pihak bomba, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 30×20 terbakar sepenuhnya.

“Pihak bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran, 300 kaki, dua pancutan daripada sumber air jentera bomba,” katanya.

Menurutnya, operasi berjaya dikawal setengah jam kemudian dan tiada mangsa terlibat dilaporkan.

“Punca kejadian serta jumlah keseluruhan kejadian masih dalam siasatan dan sebaik memastikan tiada bahaya lain dilokasi operasi ditamatkan pada jam 9.02 malam,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Boreno Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …