ROKOK ELEKTRONIK BERNILAI LEBIH RM500 RIBU DIRAMPAS PGA KELANTAN

Pada 8 Oktober 2024, pasukan BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok elektronik di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan.

Rampasan berlaku sekitar jam 12 tengah hari apabila anggota PGA menemui sebuah van tanpa pemandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan Op Taring WAWASAN Kelantan.

Pemeriksaan mendapati lebih 5,000 unit rokok elektronik bernilai anggaran RM525,000.00.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955, dan hasil rampasan diserahkan kepada Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …