JAKOA PERUNTUK RM3.8 JUTA UNTUK BINA RUMAH ORANG ASLI DI KELANTAN

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntukkan RM3.8 juta menerusi Program Bantuan Rumah Orang Asli (PBROA) di Kelantan sejak tahun 2021.

Timbalan Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu Roslina Bun berkata PBROA merupakan inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan JAKOA dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

“Pada tahun 2021 dan 2022, JAKOA telah membina masing-masing 15 buah rumah baharu, manakala pada tahun 2023 (13 buah) dan 2024 (16 buah). Kos pembinaan untuk sebuah rumah PBROA ialah sebanyak RM66,000,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Roslina berharap bantuan perumahan PBROA ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh penerima dalam komuniti tersebut.
Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut