RAKYAT, PEMIMPIN PERLU BERGANDING BAHU REALISASI ASPIRASI JUHAR

POTONG KEK: Juhar (lima kiri) memotong kek menyempurnakan acara memotong kek, turut kelihatan Hajiji (empat kiri), Abang Johari (tiga kiri) serta para pemimpin yang lain.

KOTA KINABALU: Rakyat dan barisan pemimpin diseru untuk berganding bahu merealisasikan hasrat Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Juhar berhasrat ingin melihat Sabah terus terpelihara keharmonian kaum dan kesejahteraan hidup rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

“Sabah merupakan negeri yang bertuah dan makmur dengan rakyatnya yang pelbagai kaum, budaya, bahasa, tradisi dan agama.

“Keunikan ini perlulah dipelihara dan dihormati bersama kerana kepelbagaian ini adalah merupakan sumber kekuatan negeri yang tercinta.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada segala kemudahan asas yang berkualiti.

“Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan memohon kerjasama semua barisan kepimpinan negeri agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan jujur, taat dan setia, berdedikasi dan berintegriti.

“Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat hendaklah digalas dengan sepenuh hati agar agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya mampu kita capai bersama dengan penuh kecemerlangan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri, pada Sabtu.

Menurut Hajiji, kerajaan negeri akan berusaha menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur kepada rakyat untuk memastikan kesinambungan pembangunan negeri dan sistem penyampaian perkhidmatan yang mantap dapat dilaksanakan.

“Ini selaras dengan usaha untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan taraf kehidupan rakyat negeri ini.

“Keseimbangan dalam pengagihan pembangunan dan ekonomi amatlah diutamakan untuk memastikan pertumbuhan yang inklusif dan taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

“Sesungguhnya negeri Sabah di bawah naungan Juhar akan mencapai pembangunan holistik dan semua akan menerima manfaat daripadanya,” ujarnya.

Hajiji turut memimpin Upacara Minum Hormat sebelum upacara memotong kek oleh Juhar.

Hadir sama, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya serta jemaah kabinet Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Boreno Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut