DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Barat Daya telah membuat serbuan di dua lokasi berasingan dan telah berjaya menangkap 2 saspek iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun dan seorang wanita bukan warganegara berusia 28 tahun.
Dalam serbuan pertama di tepi Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas P.Pinang, pihak polis berjaya merampas botol plastik lutsinar berisi cecair disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat 96 ml serta beberapa barang lain. Manakala dalam serbuan kedua, pihak polis berjaya merampas (105) botol plastik berisi cecair disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat keseluruhan 2240 ml, (1) peket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 8.9 gram dan barang-barang lain di sebuah kondominium, Jalan Batu Uban, Gelugor P.Pinang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952.
Sumber : Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484