121 PTI DITAHAN DALAM OPERASI PENGUATKUASAAN IMIGRESEN

TANGKAP: Antara PTI yang berjaya ditahan menerusi operasi berkenaan.

SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan seramai 121 pendatang tanpa izin (PTI) dan tiga warga tempatan menerusi Operasi Penguatkuasaan Imigresen, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha berkata, seramai 219 orang telah diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 121 PTI telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, manakala tiga lagi warga tempatan disyaki terbabit mengikut Seksyen 55(B).

“Semua yang ditahan berusia antara 12 bulan hingga 65 tahun terdiri daripada 46 orang lelaki, 36 wanita dan 32 kanak-kanak.

“Tangkapan terbabit akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Sandakan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat warga asing cuba melarikan diri ketika operasi dijalankan, namun berjaya ditahan dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya berterima kasih kepada semua 64 anggota dan pegawai JIM Sandakan yang terlibat dalam operasi ini sehingga berjaya menahan individu yang melakukan kesalahan imigresen,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber:  Utusan Boreno Online

 

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …