- Polis Kelantan berjaya menahan 2,525 penagih dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.97 juta sepanjang 30 hari Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri ini.
- Ops ini bermula pada 1 hingga 30 September lalu.
- Empat suspek merupakan penjawat awam, manakala 63 perempuan dan selebihnya 2,462 lelaki.
- Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan bernilai RM2,118,689.30.
Sumber: Sinar Harian