MASALAH PESAWAH KADA AKAN SEGERA DISELESAIKAN – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa masalah pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan segera diselesaikan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan memberikan kelulusan bersyarat.

Pada 18 September, KADA dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah membuat rayuan mengenai larangan pembinaan struktur merentasi sungai kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Anwar menjelaskan bahawa bekalan air untuk tanaman padi di Kelantan diperoleh melalui tiga pam utama yang dikawal selia oleh KADA.

Beliau juga menyatakan bahawa RM20 juta telah diluluskan untuk membeli pam, namun masalah kemarau sebelum ini menghalang keberkesanannya.

Dengan kelulusan kerajaan negeri, projek ini akan disegerakan untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi tanaman padi dan sayuran, meskipun pelaksanaan mengambil masa.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …