PROSES PEROLEHAN NAIK TARAF JALAN SABINDO – KINARUT SELESAI MAC 2025

PUTATAN: Proses perolehan bagi kerja menaik taraf Jalan Sabindo-Kinarut di Papar dijangka diselesaikan pada suku pertama 2025.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata peruntukan sebanyak RM67 juta sudah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Mei tahun lalu.

Katanya, ketika ini syarikat juru perunding yang dilantik melaksanakan kerja reka bentuk dan menentukan jumlah kos untuk projek itu.

“Sebaik saja tugasan perunding itu selesai, reka bentuk dan kos akan dimuktamadkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan selepas itu proses perolehan boleh dimulakan.

“Saya tengah usahakan sebaik mungkin supaya proses perolehan ini selesai selesai pada suku pertama tahun depan. Sekarang ini fokus kita macam mana mahu kejar supaya perunding membuat reka bentuk dan anggaran kos dengan segera.

“Ini kerana ada isu sikit di sini, yang mana kita tahu dulu bahawa projek ini disatukan, iaitu ia adalah satu laluan jalan raya daripada Bulatan Sabindo sampailah ke Papar Spur, tapi projek ini dikeluarkan, dibatalkan pada 2018-2019.

“Apabila kita usaha dapatkan semula tahun lalu, ia dimasukkan semula dengan komponen yang berbeza, iaitu dipecahkan kepada dua dan kospun dalam tempoh fua hingga tiga tahun jauh meningkat.

“Sebab itu reka bentuk baharu perlu dibuat termasuk kos pengambilan tanah di kawasan sekitar. Namun Alhamdulillah yang penting peruntukan sudah ada, perunding juga telah dilantik dan InsyaAllah reka bentuk dan anggaran kos akan diselesaikan tahun ini,” katanya ketika ditemui media, di sini, semalam.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengulas perkembangan projek menaik taraf jalan raya sepanjang 3.2 kilometer yang bermula dari Bulatan Sabindo hingga ke Sungai Kinarut itu.

Katanya, peruntukan RM67 juta untuk projek itu merangkumi kos pengambilan tanah dan membina jalan raya.

“Ada orang persoalkan kenapa sampai RM67 juta, tapi ini termasuk kos pengambilan tanah. Kadang-kadang kita fikir apabila jalan sedia ada ini, kosnya rendah berbanding dengan satu jalan baharu.

“Tapi sebenarnya kosnya lebih tinggi kerana kita tahu di Kinarut itu antaranya banyak resort dan kawasan industri, jadi memerlukan kos pengambilan tanah yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, jika peruntukan sedia ada tidak mencukupi bagi menampung kos keseluruhan, beliau mahu projek itu tetap dilaksanakan setakat yang mampu dibuat seperti satu kilometer atau 1.5 kilometer terlebih dahulu.

Apa yang penting, katanya ialah untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang kritikal, khususnya di antara Bulatan Sabindo hingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber:  INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …