JPJ PERKETAT OPERASI BERSEPADU FOKUS KENDERAAN BERAT

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperketat operasi bersepadu yang memfokus kepada kenderaan berat. Menurutnya, kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden membabitkan kenderaan berat yang kerap berlaku kebelakangan ini, terutama kes kemalangan maut dan pemandu dikesan positif dadah.

Pihaknya juga telah melancarkan operasi bersepadu sejak dua bulan lalu di mana sebelum ini telah menyasarkan pemandu bas ekspres dan persiaran kerana banyak kes pemandu didapati positif dadah. Kini tumpuan diberi kepada kenderaan berat dan perdagangan. Operasi lebih ketat akan diadakan oleh pihak JPJ untuk memastikan pemandu yang membawa kenderaan berat ini mematuhi peraturan.

Tindakan tegas termasuk pendakwaan, akan diambil terhadap pemandu serta pihak syarikat terbabit sekiranya didapati cuai dan melanggar undang-undang sehingga mengorbankan orang lain. Mana-mana syarikat yang membenarkan pemandu positif dadah itu memandu dan mengakibatkan kemalangan juga akan diambil tindakan.

Beliau juga mengingatkan pemilik syarikat bahawa mereka juga ada tanggungjawab untuk memastikan pemandu mereka berhemah di jalan raya dan tidak menyalahgunakan lesen memandu.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …