PENIPUAN DALAM TALIAN MELIBATKAN MANGSA SALAM KALANGAN WARGA EMAS

Laporan daripada seorang wanita berusia 72 tahun telah diterima oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) iaitu mangsa yang merupakan seorang pesara telah diperdaya oleh sindiket penipuan iaitu phone scam.

Mangsa dikatakan telah menerima panggilan daripada unit khidmat pelanggan, Putrajaya dan dinyatakan nombor telefon mangsa telah disalahgunakan dalam kes jenayah siber serta mangsa perlu memohon perlindungan data peribadi serta perlindungan dana. Selain itu, mangsa turut dimaklumkan terlibat dalam kes penggubahan wang haram setelah disambungkan panggilan kepada pihak “polis”.

Seterusnya, magsa diarahkan untuk mengumpulkan semua wang simpanannya ke akaun bank dan maklumat bank turut diambil. Barang kemas dan gold bar turut diminta diserahkan kepada individu yang datang untuk mengambil barang-barang tersebut. Anggaran kerugian yang dialami mangsa ialah sebanyak RM670,994.00. Kesi disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan rekod sepanjang tiga tahun terkini (2021 sehingga 2023), sejumlah 86,266 individu telah menjadi mangsa kepada jenayah penipuan dalam talian. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,533 mangsa (6.4%) adalah terdiri daripada kalangan warga emas. Kebanyakan nilai kerugian yang dialami oleh mereka adalah nilai yang tinggi berbanding dengan nilai kerugian melibatkan kelompok umur yang lain. Ini menjadikan golongan warga emas menjadi sasaran yang berkualiti.

Secara keseluruhannya, penipuan dalam talian adalah kategori jenayah komersial yang boleh dicegah serta dielakkan seandainya mangsa mempunyai pengetahuan dan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan menjadi mangsa.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …