PENIPUAN DALAM TALIAN MELIBATKAN MANGSA DALAM KALANGAN WARGA EMAS

Laporan daripada seorang wanita berusia 72 tahun telah diterima oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) iaitu mangsa yang merupakan seorang pesara telah diperdaya oleh sindiket penipuan iaitu phone scam.

Mangsa dikatakan telah menerima panggilan daripada unit khidmat pelanggan, Putrajaya dan dinyatakan nombor telefon mangsa telah disalahgunakan dalam kes jenayah siber serta mangsa perlu memohon perlindungan data peribadi serta perlindungan dana. Selain itu, mangsa turut dimaklumkan terlibat dalam kes penggubahan wang haram setelah disambungkan panggilan kepada pihak β€œpolis”.

Seterusnya, magsa diarahkan untuk mengumpulkan semua wang simpanannya ke akaun bank dan maklumat bank turut diambil. Barang kemas dan gold bar turut diminta diserahkan kepada individu yang datang untuk mengambil barang-barang tersebut. Anggaran kerugian yang dialami mangsa ialah sebanyak RM670,994.00. Kesi disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan rekod sepanjang tiga tahun terkini (2021 sehingga 2023), sejumlah 86,266 individu telah menjadi mangsa kepada jenayah penipuan dalam talian. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,533 mangsa (6.4%) adalah terdiri daripada kalangan warga emas. Kebanyakan nilai kerugian yang dialami oleh mereka adalah nilai yang tinggi berbanding dengan nilai kerugian melibatkan kelompor umur yang lain. Ini menjadikan golongan warga emas menjadi sasaran yang berkualiti.

Secara keseluruhannya, penipuan dalam talian adalah kategori jenayah komersial yang boleh dicegah serta dielakkan seandainya mangsa mempunyai pengetahuan dan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan menjadi mangsa.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Artikel/Berita Terkini

TUJUH TERSELAMAT INSIDEN BOT BERLANGGAR DI PERAIRAN SEMPORNA

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian. SEMPORNA: Tujuh individu termasuk seorang jurumudi terselamat dalam insiden perlanggaran dua bot …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELEWENG CPO BERNILAI RM130,000 GAGAL

SELEWENG: Minyak sawit mentah ditemukan di kawasan terpencil dipercayai untuk diseleweng. SANDAKAN: Cubaan sindiket menyeleweng minyak sawit mentah (CPO) bernilai …
Maklumat Lanjut

𝗒𝗣𝗦 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—₯𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) OPS SELERA …
Maklumat Lanjut